suatu masa dahulu (around 2006 - 2008)
menjadi sebutan org ramai
boleh buat remaja 'gila' !
ramai mula percaya.
ini boleh jadi ni
gelombang baru
satu pencetus
a much needed talent (at that time)
penghidup semula
buat org semua mula percaya (muzik local boleh pergi jauh)
satu simbol
satu idea fresh
fenomena
mmg btol.
semua ini menjadi kenyataan.
dengan sedikit bantuan daripada
golongan direktor, pembikin filem, supporter yang percaya, media baru yg bernafas baru,
dan jangan lupa
myspace
mereka mula
mencorak semula local scene
(pada masa itu aku masih mentah juga. baru nk belajar, baru nk sedar)
gig
walau kecil mana pun
mesti penuh dan dibanjiri peminat muzik
ada something to look forward
inject semula nilai seni dalam masyarakat
majalah, buku, internet, , bercerita tentang mereka. gambar mereka sahaja
mula menembus masuk 'arus perdana'
media juga suka mereka.
mereka juga mula bertanding
dan menang!
mereka berjaya. tahniah.
tetapi
seperti band2 yang lain.
masalah pasti melanda.
masalahnya, masalah itu cuma mereka sahaja yg tahu.
sedikit demi sedikit
mereka mula kehilangan band member.
satu satu keluar
akhirnya
mereka berpecah.
habis cerita mereka.
satu benda sahaja aku tidak puas hati dengan mereka.
mereka tidak menghasilkan album (cuma ep beberapa lagu sahaja).
terlalu sibuk mengejar instant populariti agaknya.
rugi.
mereka lupa
mereka lupa bahawa kita semua juga akan lupa.
yg tinggal hanya single2 hit mereka yg hanya boleh dimainkan di youtube.
aku tak puas hati.
sesuatu yg dikatakan fenomena suatu masa dahulu
cuma tinggal terpahat di channel youtube org2 random sahaja?
aku percaya
ada org lain pun sama seperti aku juga. tidak puas.
bagi aku, album itu seperti satu objek/benda boleh pegang
yg perlu (necessity!)
sebagai sejarah
sebagai bukti
sebagai kenangan
sebagai memori
sebagai catatan
dalam bentuk irama dan lagu.
sayang,
memang sayang.
cuba bayangkan
p. ramlee satu apa album pun xpernah dihasilkan?
itulah maksud aku.
tidak mengapalah
terima kasih
meet uncle hussein
utk sedikit memori yg tinggal ini
aku harap nama ini tidak dilupakan begitu sahaja.
harapnya begitulah.
terima kasih
remaja yg 'gila' dulu-dulu itu juga,
hafiq
18.12.13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment